Wang kertas Dinar_Iraq

wang kertas lama bergambar Saddam Hussein

Pada tahun 1931, wang kertas dikeluarkan oleh kerajaan dalam denominasi ¼, ½, 1, 5, 10 dan 100 dinar. wang ini dicetak di United Kingdom oleh Bradbury, Wilkinson & Co.[5] Dari tahun 1931 hingga 1947, wang kertas dikeluarkan oleh badan matawang Iraq bagi kerajaan Iraq dan wang kertas boleh ditukar bagi pound sterling. Dari 1947, wang kertas dikeluarkan oleh Bank Kebangsaan Iraq, kemudian selepas tahun 1954 oleh Bank Pusat Iraq.

Wang kertas 100 dinar tamat pengeluarannya pada tahun 1940-an tetapi, denominasi yang sama dikeluarkan sehingga 1978, apabila wang 25 dinar diperkenalkan. Pada tahun 1991, 50 dan 100 dinar diperkenalkan, diikuti oleh wang 250 dinar pada tahun 1995 dan wang 10,000 dinar pada tahun 2002.

Wang kertas yang dikeluarkan antara 1990 dan Oktober 2003, bersama dengan wang 25-dinar yang dikeluarkan pada tahun 1986, mempunyai ukiran ideal bekas Presiden Iraq Saddam Hussein. Berikutan dengan Perang Teluk 1991, matawang Iraq dicetak tempatan dan di China, menggunakan pulp kayu bergred rendah (berbanding kapas atau linen) dan lithografi berkualiti lebih rendah(sesetengah wang kertas dikatakan dicetak di mesin cetak yang direka bagi mencetak surat khabar).

Sungguhpun dengan kejatuhan nilai dinar Iraqi, nilai tertinggi dicetak sehingga 2002 adalah 250 dinar. Pada 2002, Bank Pusat Iraq mengeluarkan wang kertas 10,000-dinar untuk digunakan bagi "transaksi lebih besar dan antara bank". wang ini jarang digunakan secara umum disebabkan bimbang rompakan dan wang palsu. Ini memaksa orang membawa bekarung wang 250-dinar bagikegunaan harian. wang lain yang lebih kecil amat tidak bernilai sehinggakan ia tidak lagi dugunakan. Keadaan ini bererti bahawa Iraq, bagi kebanyakan tempat, hanya memiliki satu nilai wang kertas dalam kitaran luas.

Matawang yang dicetak sebelum Perang Teluk seringkali digelar dinar Swiss Iraq. Ia mendapat namanya dari teknologi cetakan Swiss yang menghasilkan wang kertas berkualiti jauh lebih tinggi berbanding yang dikeluarkan kemudiannya di bawah sekatan ekonomi yang dikenakan selepas Perang Teluk pertama. Selepas tempoh pertukaran, mata wang ini dinyahakuan oleh kerajaan Iraq. Bagaimanapun, matawang lama ini masih digunakan di kawasan Kurdish Iraq sehingga ia digantikan dengan dinar baru selepas Perang Teluk Kedua. Pada masa ini dinar Swiss mengekalkan nilainya, sementara mata wang baru susut nilai secara berterusan sehingga 30 peratus setahun.

Pada tahun 2003, matawang baru diterbitkan terdiri dari enam nilai: 50, 250, 1,000, 5,000, 10,000, dan 25,000 dinar. wang ini memiliki reka bentuk sama seperti yang dikeluarkan oleh Bank Pusat Iraq pada 1970-an dan 1980-an. wang 500 dinar diterbitkan setahun berikutnya, pada Oktober 2004. Di wilayah Kurdish Iraq, wang 50 dinar tidak diedarkan.

Siri Dinar Swiss (? - 1990)

Dinar Swiss
GambarNilaiWarna utamaHuraian
HadapanBelakangHadapanBelakang
1/4 dinarUnguBangunanPokok Kurma
1/2 dinarBiruAstrolabKubah berpilin Masjid Jamek Samarra
1 dinarHijai kebiruanSiling emas dinarSekolah Mustansiriya, Baghdad
5 dinarMerah jambuGelî Ali Beg dan air terjunnyaKubu gurun di Al-Ukhether
10 dinarBiru gelapAbu Ali Hasan Ibn al-HaithamAl-manara al-hadba fi al-Mawsil (menara bongkok masjid Jamek Nurid di Mosul)
25 dinarHijauKudaIstana Abbasid
25 dinar (1986)Perang, hijau dan biru atas hitamSaddam Hussein berlatar belakang pertempuran al-QādisiyyahPeringatan Al-Shaheed

Siri 1990-2003

Siri 1990-2002
GambarNilaiWarna umumHuraian
HadapanBelakangHadapanBelakang
1/4 Dinar (1993)HijauPokok PalmaAl-Bab al-wastaniy li-sur Baghdad (Pintu pagar tengah benteng bandar Baghdad)
1/2 Dinar (1993)UnguAstrolabMasjid Jamek Samarra
1 Dinar (1992)Merah jambu dan hijauSiling dinar emasMadrasah Mustansiriya
5 Dinar (1992)RedSaddam HusseinPeringatan bagi tentera yang tidak dikenali, Raja Hammurabi dengan dewa matahari Shamash
10 Dinar (1992)hijau kebiruanSaddam Hussein dan pintu pagar IshtarLamassu
25 Dinar (1990)HijauKudaIstana Abbasid
25 Dinar (1986)Hijau keperanganSaddam Hussein & KudaPeringatan Al-Shaheed
25 Dinar (2001)HijauSaddam HusseinPinti Ishtar
50 Dinar (1991)Merah jambu dan HijauSaddam HusseinMasjid Jamek Samarra
50 Dinar (1994)Perang dan BiruSaddam Hussein dan Peringatan Al-ShaheedJambatan Saddam
100 Dinar (1991)Hijau dan UnguSaddam HusseinGerbang Kemenangan (Pedang Qādisīyah)
100 Dinar (1994)BiruSaddam HusseinJam Baghdad
100 Dinar (2002)BiruSaddam HusseinRumah Lama
250 Dinar (1995)VioletSaddam HusseinLiberty Monument friese
250 Dinar (2002)VioletSaddam HusseinDome of the Rock
10,000 Dinar (2002)Pink / VioletSaddam Hussein, The Monument to the Unknown SoldierMustansiriya Madrasah, astrolab Arab

Siri 2003 hingga kini

Siri 2003
GambarNilaiWarna umumHuraian
HadapanBelakangHadapanB
50 dinarsHijauSilo bijirin di Basra SiloPokok-pokok kurma
250 dinarsBiruAstrolabMenara berpilin Masjid Agung Samarra
500 dinarsHijau kebiruanEmpangan Dûkan di Sungai Al ZabUkiran kerbau bersayap Assyria
1,000 dinarsPerangSiling dinar emasSekolah Mustansiriya, Baghdad
5,000 dinarsBiru gelapGelî Ali Beg dan air terjunnyaKubu padang pasir Al-Ukhether
10,000 dinarsHijauAbu Ali Hasan Ibn al-HaithamAl-manara al-hadba fi al-Mawsil (Menara Masjid Agung Nurid, Mosul)
25,000 dinarsMerahSeorang petani Kurdi memegang setangkai gandum, traktor dan syiling dinar emasUkiran Kod Hammurabi